Untitled Document


 
Untitled Document

Product Search

Product search:

USER

* GUEST *

Username:

Password:



Basket

MY POINTS: 0
Create an account

ONLINE STORE

TOP SELLERS

FACEBOOK

 

BACKGROUND


Siapa sangka budak lembam yang tidak pernah menjadi harapan ibu bapanya untuk maju dalam pelajaran, tiba-tiba muncul sebagai usahawan Bumiputera yang paling berjaya.


Jika dilihat raut wajahnya yang seakan-akan Cina, ramai tidak menjangka budak hingusan itu yang pernah ditertawakan rakan sebayanya kerana "dungu", kini memiliki empayar perniagaan menjual barangan elektronik terbesar di Kelantan.


Malah, kehebatannya menerajui empayar itu hingga mampu menubuhkan 10 cawangan, termasuk pusat khidmat jualan dan servis, dalam tempoh singkat iaitu tidak sampai 13 tahun, turut diakui kaum lain.


Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd, Encik Shabki Bin Abdullah, beliau tidak pernah berkecil hati, walaupun tahu ibu bapanya tidak menaruh harapan kepadanya untuk berjaya dalam pelajaran.


Namun, beliau tetap bersyukur kehadrat illahi kerana ibu, Maziah Abdullah dan bapanya, Abdullah Mahmood, memberi pendedahan kepadanya mengenai dunia perniagaan.


Ketika menceritakan sejarah silamnya, beliau berkata, ketika berusia 7 hingga 12 tahun, setiap hari selepas solat Subuh, beliau menghantar kuih dibuat ibunya ke kedai makan di Kampung Penambang.


Katanya, walaupun usia masih mentah, beliau menawarkan diri untuk melakukan kerja itu bagi membantu ibu bapanya lantaran kehidupan mereka yang susah.


"Saya faham, ibu bapa menaruh harapan tinggi kepada abang dan kakak saya yang lain kerana mereka ada kemampuan berjaya di bidang pelajaran. Namun, saya tidak salahkan ibu dan ayah kerana mereka masih memberi tunjuk ajar dalam bidang perniagaan", kata anak keempat daripada lapan beradik itu.


Beliau juga sering mengikuti ayahnya membonceng basikal pergi menjaja pakaian bundle dan kain batik di sekitar Kota Bharu, selain dapat menimba selok-belok perniagaan. Katanya, sebaik keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diumumkan, dia mengambil keputusan berhenti sekolah kerana sedar bebanan ibu bapanya semakin bertambah sebaik abang dan kakaknya memasuki universiti.


"Saya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan RM3 sehari, namun tidak cukup untuk membantu keluarga sebelum bekerja di kilang papan Jerantut, Pahang ketika berusia 18 tahun. Ketika itu, ibu jari kanan saya terputus terkena pisau pemotong kayu tetapi ia langsung tidak melemahkan semangat", katanya yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1991 sebelum bekerja sebagai tukang sapu di kedai menjual barang elektrik, Baba's Enterprise di Taman Greenwood.


Beliau berkata, pengurus kedai, Cheng Ngi Koi banyak memberi tunjuk ajar, termasuk mengajarnya bahasa Hokkien, Mandarin dan Kantonis. Selain memberi pendedahan mengenai cara membaiki barangan elektrik. "Tidak semena-mena, minat saya terhadap barangan elektrik mulai berputik sebelum nekad mempelajari dengan lebih dekat, termasuk membeli buku sebagai bahan rujukan."


"Melihat saya bersemangat dan mampu melakukan kerja itu, Cheng menaikkan gaji dan pangkat saya daripada tukang sapu menjadi penyelia", katanya yang lebih selesa dikenali sebagai Aki.


Enam tahun kemudian, Cheng Ngi Hin yang mengambil alih operasi syarikat abangnya (Ngi Koi) berhasrat menyerahkan Baba's Enterprise kepadanya.


Katanya, tawaran itu dianggap peluang keemasan tetapi dia 'terduduk' kerana tidak mampu menyediakan
RM 200 000 sebagai bayaran kepada Ngi Hin. "Ketika itu saya baru berkahwin dengan Zawiah tetapi nasib baik dia (isteri) sanggup menggadaikan semua barang kemas miliknya, selain meminta bantuan kewangan daripada keluarga, bagi mencukupkan jumlah wang terbabit."


"Pada tahun 1997, dengan rasmi Kemudi Timur Enterprise (KTE) ditubuhkan dan sambutan diberi penduduk sekitar Gombak serta kawasan berhampiran sangat menggalakkan", katanya yang membuka cawangan kedua di Kota Bharu pada tahun 1999.


Beliau berkata, dirinya pernah dikecam beberapa kenalan kerana berani menjalankan perniagaan ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada tahun itu. Katanya, mereka mengibaratkan dirinya menempah lubang kubur kerana perniagaan itu boleh lingkup bila-bila masa.


"Saya tidak peduli apa yang mereka kata atau kutuk, asalkan niat saya ikhlas dan percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t."


"Berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya menempuh halangan itu tanpa masalah dan percaya segala yang berlaku adalah ketentuan Allah", katanya yang memiliki lapan cawangan, termasuk satu gudang serta pusat khidmat jualan dan servis di Kota Bharu, selain dua di Kuala Lumpur.


Pada tahun 2002, Kemudi Timur Enterprise ditukar nama kepada Syarikat Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd (KTESB) bagi memperhebatkan lagi operasi jualan. Selepas itu, KTESB semakin mendapat pengiktirafan daripada beberapa syarikat gergasi elektronik seperti Toshiba, Philips, Panasonic, Khind, Samsung, JVC dan Pensonic.


Ramai Pengarah Urusan seperti Masaru Sihauchi dari Toshiba, Jepun, mengagumi keupayaan Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd dalam mempromosikan jualan barangan elektrik keluaran syarikat mereka hingga jualan dikatakan meningkat secara mendadak.


Dalam Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd, kami menekankan aspek khidmat selepas jualan, selain memberi penerangan kepada pelanggan mengenai barangan elektrik yang hendak dibeli.


"Kita tidak suka menipu pelanggan, di KTESB, kita tidak menjual barang elektrik yang tidak berjenama kerana mudah rosak serta tidak berkualiti", katanya yang memilik aset bernilai kira-kira RM 3 juta.


KEMUDI TIMUR ELEKTRONIK SDN. BHD